Kenapa surat khabar menjadi
tatapan ramai masyarakat? Kenapa sebahagian besar akhbar-akhbar dikeluarkan berbentuk
harian serta disebarkan keseluruh pelusuk masyarakat dengan mudah melalui agen
dan individu-individu yang pelbagai. Walaupun input yang pelbagai dimuatkan dan
sebahagian juga dimuatkan perkara yang tidak berfaedah, akan tetapi tarikan
pembaca tetap diterima oleh lapisan masyarakat.
Cuba kita perhatikan buku-buku karangan ilmiah yang tersusun rapi di
kedai-kedai yang menjadi tatapan manusia dan kekadang itu umpama pameran
barangan muzium yang sekadar dihinggap seketika oleh masyarakat. Pameran
khusus buku-buku karangan ilmiah perlu dilaksanakan dengan hebat serta gah
untuk menarik perhatian masyarakat berbanding akhbar-akhbar yang dikeluarkan
sehingga ada terjual di kedai-kedai runcit serta di tepi-tepi jalan oleh
pengedarnya.
Apa yang terjadi kepada buku-buku ilmiah?
Mungkin tahap pemikiran masyarakat terhadap kecaknaan ilmu pengetahuan agak
kurang.
Kalau kurang, apakah peranan akhbar-akhbar keluaran harian, mingguan
atau bulanan terhadap artikel-artikel yang dikeluarkan? akhbar untuk
perkara-perkara berita semasa atau perkembangan politik yang kekadang sumbernya
tidak tepat.
“Eh kalau tidak tepat, editor serta
penulis mana yang dilantik oleh syarikat-syarikat akhbar”? apa yang pasti
akhbar ini sifatnya tidak sama dengan buku-buku ilmiah.
Persoalan-persoalan diatas ingin dibawa oleh penulis pada arikel kali
ini untuk berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan method dakwah yang
wujud dalam masyarakat kita pada hari ini. Mungkin kepakaran serta minat
seseorang itu mempunyai kelainan mengikut latar belakang pengajian atau cara
hidup yang wujud disekeliling masyarakat.
Kepakaran yang wujud dalam diri seseorang merupakan kelebihan untuk
mengisi posisi dalam masyarakat dalam membina ketamadunan manusia yang hebat. Mungkin
kita mempunyai kelebihan dalam pengajian Usuluddin. Tetapi disana wujudnya
mereka-mereka yang mahir dalam bidang perekonomian, kejuruteraan, perubatan
serta kepakaran-kepakaran yang lain.
Kewujudan kepelbagaian bidang pengajian
tidak boleh disatukan melalui cetakan sebuah buku yang dalamnya mengisi
tentang ilmu-ilmu mengikut bidang masing-masing. Mana mungkin buku yang ingin
dibeli oleh pelajar-pelajar dalam bidang kimia termasuk juga di dalamnya
perbincangan tentang ekonomi. Dan begitu
juga dalam bidang-bidang yang lain.
Keperluan mereka dalam menguasai bidang
masing-masing merupakan tuntutan yang besar serta merupakan keperluan dalam
menjaga dasar-dasar ilmu yang wujud. Apa yang hendak dibawa oleh penulis adalah
bagaimana hendak disatukan mereka? Dan bagaimana bidang-bidang mereka ini boleh
membina minat kepelbagaian masyarakat serta menjadi kecaknaan semua pihak.
Mereka boleh disatukan dengan satu
matlamat iaitu dakwah? “Eh dakwah hanya untuk pelajar syariah yang belajar
tentang iman dan takwa menurut qoul-qoul pelbagai ulama’, mana mungkin
mereka yang belajar perubatan nak berdakwah”.
Ini merupakan konsep yang silap dan
mungkin tidak tersedar dengan sengaja terhadap apa yang berlaku. Mungkin satu
kepelikan jika seorang doktor perubatan boleh memberi tazkirah di surau-surau
kerana biasa tempatnya di klinik. Dan mungkin tidak pelik jika pelajar syariah
yang mengajar di surau walaupun pelbagai perkara yang disebut dan kekadang itu
menyalahi dasar-dasar ilmu dalam bidangnya sendiri.
Sebenarnya kewujudan kepelbagaian
bidang mampu membina generasi yang bertamadun seperti pernah wujudnya
ilmuan-ilmuan islam yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang pelbagai . lahirnya
Ibnu Sina, Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan ramai lagi. Mereka juga mendasari
ilmu-ilmu seperti fiqh, tafsir dan lain-lain. akan tetapi mereka masyhur dengan
bidang
perubatan, matematik, falsafah dan lain-lain sehingga khazanah ini diperakui oleh negara-negara barat.
perubatan, matematik, falsafah dan lain-lain sehingga khazanah ini diperakui oleh negara-negara barat.
Maka
dakwah dalam tuntutan semasa untuk menarik perhatian umum masyarakat adalah
menyatukan kepelbagaian latarbelakang pengajian dibawah cetakan umum tentang
apa matlamat dasar-dasar ilmu yang wujud.
Apa matlamat pengajian bidang perubatan? Mungkin
kita boleh sebut untuk menjaga maslahah manusia dari segi kesihatan dalam
kehidupan.
Apa matlamat pengajian bidang ekonomi? Untuk mengatur cara manusia dalam urus tadbir kewangan diri, keluarga, masyarkat serta negara.
Apa matlamat pengajian bidang ekonomi? Untuk mengatur cara manusia dalam urus tadbir kewangan diri, keluarga, masyarkat serta negara.
Apa matlamat pengajian syariah? Dengan
ilmu syariah, ia boleh membawa kita untuk menjadi seorang insan yang mendasari
ilmu-ilmu hadis, maka dengan mendasari ilmu hadis kita mampu mengetahui
sabda-sabda rasullullah S.A.W dengan
tepat. Begitu juga ilmu-ilmu syariah yang lain.
Maka dengan jelas kita mampu
membuat kesimpulan terhadap bidang yang kita cuburi mempunyai kaitan dengan
kebaikan manusia. Kesimpulan yang paling
besar untuk disebutkan disini adalah sebahagian besar ilmu-ilmu yang wujud
dalam dunia ini mempunyai kaitan dengan kitab Al Quran sebagai wahyu Allah
S.W.T. Maka unsur rabbaniah dalam
mendasari apa-apa ilmu perlu diterapkan supaya kepelbagaian membawa fungsi-fungsi
kita sebagai manusia di muka bumi ini.
Berbalik kepada anologi awal yang
disebutkan tadi berkaitan dengan sifat akhbar dan juga buku-buku ilmiah yang
diukur dengan minat umum masyarakat terhadapnya tidak membawa maksud untuk
memperlekeh kewujudan, akan tetapi kayu ukur disini adalah sifat yang wujud dan
menyebabkan tarikan masyarakat terhadapnya. Mana mungkin hendak disamakan
sumber dari keduanya, dan kita semua mengakui dasar-dasar ilmu perlu dirujuk
pada buku-buku ilmiah yang wujud mengikut skop masing-masing.
Apa yang ingin diketengahkan kepelbagaian dalam akhbar seperti isu
ekonomi, isu politik, isu masyarakat, isu sukan dan pelbagai lagi dicetak dalam
satu akhbar. Dan saya berani menyebut bahawa kesemua isu yang dibawa adalah isu
agama. Tinggalnya ia mungkin tidak diolah oleh orang yang berfikrah agama dalam
bidang masing-masing seperti ekonomi, sosial, politik dan lain-lain.
Jika sebuah Al Quran mampu mendasari
pelbagai ilmu pada hari ini, maka kita sebagai membawa dasar yang telah didokumenkan
oleh Allah ini untuk diolah dalam pelbagai aspek kehidupan serta menjadikan
setiap olahan itu mampu menarik manusia kepada ketaatan yang satu.
Sekali lagi penulis ingin
mengetengahkan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita terhadap
mereka-mereka yang mempunyai latarbelakang pengajian pelbagai.
“Kalau aku menguasai ilmu syariah, maka
dakwah merupakan bidang aku”. Maka bidang
yang lain tidak merasai keperluan dakwah dalam bidang-bidang mereka.
Kewujudan
ruang perbincangan agama dalam akhbar merupakan satu kebaikan. Tetapi kewujudan
ruang sukan dalam akhbar mempamerkan berita serta gambar-gambar tidak senonoh
tidak mempunyai masalah walaupun dalam akhbar yang satu.
Begitu juga ruang ekonomi diteterakan perkara-perkara riba yang menjadi
perkara biasa yang tidak dimasukkan unsur-unsur kaitan dengan ketuhanan,
sedangkan semua aspek kehidupan tidak dapat lari dari dosa atau pahala, syurga
atau neraka. Ruang agama dalam akhbar yang disebutkan tadi kekadang membawa isu
menyeru kepada amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran.
Mungkin menyeru kebaikan hanya kepada rakyat-rakyat dikampung-kampung
supaya pergi masjid serta menekankan larangan perbuatan mungkar seperti sifat
masyarakat yang tidak bayar zakat. Tidak dinafikan tentang keperluan tersebut,
tetapi dimana isu kemungkaran kerajaan dalam urus tadbir negara seperi isu-isu
rasuah, pentadbiran ekonomi yang lemah. Maka ia bukan isu agama menurut
sesetengah lebai-lebai yang berketayap putih ini.
Kesimpulannya, keperluan kita mendalami bidang masing-masing merupakan
tuntutan yang besar serta jangan lupa untuk membina ilmu yang didasari itu diolah
menjadi suatu ilmu yang hidup. Apabila suatu ilmu itu hidup, maka ia perlu
disenergikan dengan perakuan kita sebagai manusia untuk menggerakkan
kepakaran bersama dalam membawa ke lapangan manusia supaya diterima seperti
penerimaan mereka terhadap akhbar-akhbar harian yang boleh diageh oleh
siapa-siapa sahaja kepada semua lapisan masyarakat yang mempuyai kelainan tahap
pemikirannya.

kemah keming pres kito~
ReplyDeletece ajar buat blog tek =)
terbaik ustaz nihad kita.. cuba ajar kita sama buat blog hehe :)
ReplyDelete