Bila ditanya kepada seorang
pelajar di sebuah sekolah yang baru baginya, kenapa kamu nampak macam kekok
serta tidak cerdas ni?
Lantas dia menjawab: saya tidak
biasa dengan suasana ini, tetapi saya yakin bahawa saya akan cuba untuk membawa
diri bersama kawan-kawan lama yang turut bersama bersekolah disini.
Lalu ditanya sekali lagi, kenapa
ada kawan-kawan yang biasa dengan kamu dahulu tidak bersama kamu?
Jawabnya: saya inginkan gelak
ketawa kami dulu dibina bersama orang lain juga. Supaya kenangan yang pernah
dibina bersama menjadi kenangan yang luas serta dikongsi dengan kawan-kawan
yang baru.
Teringat kepada sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud:
"Ikatan iman yang paling teguh ialah
setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci
pun demi Allah." (Riwayat Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad,
Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
Kami melanjutkan perbualan dengan
pelajar tersebut dan menanyakan pelbagai kenangan lama serta persediaan untuk
menghadapi suasana sekolah baru ini. Walaupun suasana dimarahi oleh guru
disiplin sekolah dahulu sebagai kenangan pedih baginya, serta berhadapan dengan
guru besar yang bermisai tajam menusuk jiwa tatkala diherdik, akan tetapi
peristiwa itu mampu membina diri untuk sampai ketahap ini menurut kata pelajar
tersebut.
Sambung pelajar itu lagi: ‘tawa riang kami sepanjang bersama bak adik abang.Kami bagaikan tidak
pernah mengerti segmentasi perpisahan disebabkan hubungan nan gembira itu..
Akhir kata pelajar tersebut menyebut kata-kata ini:
“ibaratkan suka atau duka sebagai mengeletek rusuk orang tua yang mungkin
terlatah serta terkeluar dari lisannya perkataan yang tidak terancang, akan
tetapi senyum ketawa selepas itu bila disedari keadaanya dan makin akrab dari
sebelumnya "
Alhamdulillah setelah berada
disuasana gelak tawa dan suka duka bersama pimpinan PRISMA sesi 2011/2012,
teringat satu kalimah yang hendak saya kongsikan bersama untuk ditatapkan di
kalbu sebagai kenangan ketika mendayung sampan meredah lautan hijau dihumban
ombak ganas yang membasahi kelopak mata diakhir perjalanan.
Kini sudah sampai di tebing persinggahan arus sungai yang bergerak laju.
Ada dalam kalangan kami yang melangkah ke bahtera yang lebih besar dan ke
perahu yang lebih gagah untuk menghadapi arus yang lebih tajam. Walaupon dalam
travelasi ini,kadang-kala menemukan tebing berpasir halus nan melenakan,saya
yakin dan pasti tiadanya dalam kalangan
kami yang terhenti serta melangkah ke tebing itu untuk sekadar melepas diri dari perahu yang
selalu memeritkan hati dan minda ini.
Saff pimpinan yang telah mengakhiri kebersamaan jasad tidak penamat
pada hati di sampan yang kecil ini mungkin lebih besar dan mencabar dalam
perjalanan melangkah ke bahtera raksaksa itu. Persinggahan wida’
disaluti semangat serta kekuatan untuk kami yang masih kekal di sampan kecil
ini bagi meneruskan perjalanan dilereng-lereng cerun bukit yang tidak kurang
cabarannya bersama pengemudi-pengemudi yang baru diambil dari tebing
persinggahan tadi.
Ayahanda KH Fikri Khusainy sebagai guru
besar yang bermisai tajam sentiasa menunjukkan ketabahan dalam meghadapi
kepelbagaian keadaan yang kekadang itu terdetik pada diri kami persoalan bagaimana ketabahan itu boleh kami dapatkan !
Begitu juga Abang Long Fakhrulhadi yang
sentiasa peka akan kelakuan adik-adiknya. Diherdik seperti dibelai, dimarahi
seperti digosok, disuruh seperti diajak dan itulah sikap abang long kami yang
mengeletek jiwa untuk senyum seorang diri.
Abang Ngah Khomeini seorang yang tegas tapi mudah berceloteh
sebagai gambaran keramahan yang wujud pada lubuk hatinya. Tersenyum bila teringat gurauan yang mungkin
sudah tidak kembali lagi seperti dulu. Makin serius bila digambarkan situasi
sekarang. Maklumlah kalau dulu ke rumahnya mungkin sampai ke dapur, tapi kini
mungkin hanya di ruang tamu. sahaja
Bila mengimbau kembali keberadaan mereka dalam mengemudi armada PRISMA pada sesi lepas, satu pemerhatian yang
besar perlu diberikan khususnya kepada penyokong-penyokong disebalik tabir. Ramai
mereka yang tidak mampu kita lihat keberadaan mereka dalam pentas yang umum,
akan tetapi mereka ini penyuntik semangat bagi menggerakkan sebuah bahtera ini.
Cuba perhatikan kelab bola sepak yang berjaya seperti Manchester United.
Disana ada pengurusnya iaitu Sir Alex Ferguson. Disana juga ada sebuah team
yang diurus oleh beliau terdiri dari pelbagai posisi seperti striker Wayne
Rooney, pemain pertahanan utama Rio Ferdinand, pemain di posisi sayap (wings)
Nani, Valencia, Park Ji Sung dan ramai lagi yang memenuhi posisi masing-masing
termasuk pemain simpanan. Dibarisan pengurus juga tidak keseorangan, adanya
jurulatih penjaga gol seperti Eric Steele dan pengurus-pengurus di bahagian
lain.
Kehebatan pasukan Manchester United tidak hanya kepada pengurusnya atau
pasukan yang diatur untuk perlawanan-perlawanan, ia juga disebabkan partisipasi
dalam kalangan penyokong-penyokong setia Red Devils ini yang sentiasa
melaungkan gol..gol,golll gooollll (bernada pengulas Arab) kepada team yang
mempersembahkan permainan yang berstrategi dihadapan mereka.
Itulah sinergi yang wujud di antara pengurus, team yang dipersembah
serta penyokong setia Manchester United. Kalau cuba kita kembali kepada situasi
di sebuah persatuan, adanya pengurus yang bernama AMT, dan adanya team yang
diatur kepada posisi masing untuk mempersembahkan program-program kepada
penyokong-penyokong mereka yang digelar AME samada bahagian sukan, akademik,
kebajikan dan lain-lain. Dan tidak lupa kepada semua ahli yang melaungkan
united…united..united demi melihat kejayaan sebuah kelab yang bernama PRISMA.
Alhamdulillah sesi melabuhkan tirai dengan wujudnya suasana yang
kondusif untuk melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang kebanyakan
dijayakan oleh semua ahli-ahli yang memberikan dokongan terhadap pergerakan
persatuan. Kerahan fikiran yang wujud di pelbagai sudut samada bagi
menggerakkan suasana ilmiah serta suasana tarbiah telah membawa kemajuan terhadap mentaliti
komuniti mahasiswa di sini.
Begitu juga dengan kerahan tenaga dalam melaksanakan program-program
seperti kesukanan harus diakui sebagai salah satu elemen kesatuan yang wujud
dalam komuniti ini. Tinggal lagi kesatuan yang telah wujud ini perlu diisi
dengan elemen penting iaitu ilmiah di pelbagai kondisi. Mungkin istilah ilmiah
hanya kita mampu tergambar seperti pelajar-pelajar yang menggalas beg dan
membimbit buku di ketiak sebagai orang ilmiah. Ataupun mereka yang memberi ceramah
melaungkan dalil dan bahasa tinggi sebagai ilmiah.
Sebenarnya bila kita kembali kepada istilah akademik, ia membawa sesuatu
makna yang luas menjangkaui batasan suasana serta jenis manusia. Tidak pernah
kita terlintas sebagai pelajar yang sedang bermain badminton untuk
mempersoalkan apa asal usul permainan ini? Siapa tokoh-tokoh dalam sukan ini
dan apa objektif kita bermain permainan ini. Itulah nilai ilmiah yang perlu wujud
tambahan kita sebagai penuntut ilmu. Insya’allah saya akan membawa satu
perbincangan dalam artikel yang lain berkaitan kerangka akademik yang
komprehensif.
Berbalik kepada warkah yang dituju khas kepada warga PRISMA secara
umumnya serta khas buat pimpinan sesi lepas sebagai pendokong yang tidak
terhenti kepada komuniti ini. Nilai
setitik air yang diutamakan menjangkaui apa sahaja bekas yang dijadikan wasilah
untuk mengumpulnya. Samada gelas, tempurung, timba, botol merupakan cara kita
untuk memperjuangkan air untuk diminum. Minum setitik –setitik tidak membawa
kekuatan kepada kita untuk terus berjalan. Tetapi jika setimba diminum maka
laju dan hebatlah kita.
Begitu juga kalau kita ibaratkan
air itu islam, dan bekas itu sebagai persatuan, mungkin di Mafraq bekasnya
PRISMA, pergi ke Irbid bekasnya PERMAI dan begitu juga kalau ke Saudi Arabia
adanya bekasnya bernama PERSADA. Begitu juga kalau kita pulang ke Malaysia
dalam misi memperjuangkan Islam ada bekasnya. Semoga pertukaran bahtera atau
bekas minuman tidak membawa apa-apa perbezaan kepada kita kerana membawa
matlamat yang satu iaitu air atau jenis bahtera.
Selamat maju jaya kepada semua, semoga perjalanan kita yang diikat oleh
tali akidah membawa haluan yang sama dari pelbagai sudut yang berbeza.
Penyambung Tugas
Penyapu Bayt PRISMA 2012/13
Nihad
Matnor
11.46 Malam
8
Mei 2012

